Saturday 29 October 2011

Kerana hidup ini wajib diteruskan

Tajuk yang emosional. Mungkin gambaran jiwaku seperti itu juga. Selalu aku mengingatkan diri untuk jadi insan yang bersyukur. Meski ada kekurangan, yang pasti aku punya kelebihan lain yang mungkin amat diidamkan oleh insan lain. 
I’m so alone. God wants me to talk to Him often. I’m physically weak. He gives me inner strength to face the odds. Hidup wajib diteruskan. Dalam apa cara sekali pun.

Hati terus berbicara. Dan aku pasti ia akan terus berbicara. Hidup berjalan seperti semalam. Seadanya dan tiada yang tidak enak menjengah. 
Sebenarnya aku sendiri tidak pasti apa yang mahu kutulis. Fikiran kelabu. Antara bahagia dan derita seolah tiada garis pemisah yang nyata. Hanya rasa syukur ini yang selalu menjadi penyelamat dari aku terus hanyut melayani perasaan. Aku mahu terus hidup. Selayaknya aku. Tuhan, bantu aku jalani takdir ini.

Sesekali bila memandang wajah sendiri di cermin, hati jadi sayu. Wajah ini dulu pernah menambat hati yang memandang. Senyum ini dulu menjadikan aku begitu manis di mata kalian.
Itu dulu. Aku pernah muda. Keremajaan adalah kemuncak seri seorang perempuan.Hari ini aku merenung jauh diriku di cermin. Segala yang indah di waktu dulu menjelma di cermin...Airmataku jatuh bercucuran.